John Oens menjumpai seekor serigala yang terperangkap pada jerat yang dipasangnya. Lihat bagaimana dia menyelamatkan haiwan tersebut pada video ini!
Menjerat seekor serigala bukanlah apa yang dihajatkan John apabila dia memasang perangkap di kawasan hutan di Wisconsin ini. Oleh sebab itu, apabila seekor serigala dilihat terperangkap pada jerat yang dipasangnya, John perlu melepaskan haiwan tersebut dengan segera.
John menggunakan sebuah papan kayu untuk menghadang dirinya daripada serangan serigala itu. Strategi ini dilihat sangat pintar dan berkesan.
Lubang yang dihasilkan pada bahagian bawah papan tersebut pula membolehkan John membebaskan kaki serigala berkenaan yang tersepit dan, pada masa yang sama, papan tersebut tetap berfungsi sebagai benteng di antara John dan serigala itu.
Mujurlah sejurus selepas dibebaskan, serigala tersebut bertindak melarikan diri dan tidak terus menyerang John yang telah menyelamatkannya.
John menjumpai seekor serigala terperangkap pada jerat yang dipasangnya
Menggunakan papan kayu yang lebar sebagai benteng, John menghampiri haiwan pemangsa berkenaan
Serigala ini menyerang John untuk mempertahankan dirinya
Sebaik ianya dilepaskan, serigala tersebut dengan pantas berlari masuk semula ke dalam hutan
Era Baru
Maybe you're interested :
- Pakar bedah plastik bertarung dengan penyakit selama 33 tahun, ‘Falun Dafa telah menyihatkan saya’
- Bilik pelajar lelaki ini sangat kemas sehingga memecahkan stereotaip lelaki sebagai pengotor
- Pengarah Aquaman dapat inspirasi untuk menghasilkan filem itu berdasarkan warisan Cina-Malaysia beliau. Kagum!