Enam orang pegawai polis di bahagian utara India berjalan selama 3 jam sambil mengusung seorang ibu yang sedang sarat mengandung ke hospital. Mereka terpaksa meredah ribut salji pada suhu bawah 0°C.

cops2

Pada 9 Januari yang lalu, Kamini, 23, mula berasa sakit hendak bersalin pada jam 5.30 petang. Penduduk di perkampungan Bhont di wilayah Shimla tersebut tidak dapat menggunakan kenderaan mereka untuk ke hospital kerana semua jalan telah ditutup akibat dilitupi ribut salji yang melanda wilayah itu.

Pihak hospital juga tidak dapat menghantar ambulans ke rumah si ibu tersebut atas sebab yang sama.

Kamini dan keluarganya yang buntu dengan situasi yang menimpa mereka hampir patah semangat. Mujurlah enam pegawai polis ini tampil membantu.

Berdasarkan laporan akhbar Indiatimes, pegawai-pegawai tersebut menyelubungi si ibu dengan selimut, meletakkannya bercelapak di atas pengusung yang dibawa mereka, dan terus memulakan perjalanan mereka ke hospital.

Pada jam 9.30 malam, mereka tiba di hospital berdekatan dan Kamini kemudiannya telah selamat melahirkan seorang bayi yang sihat melalui kaedah pembedahan Caesarean: Kejayaan berganda buat para pegawai polis ini.

Kisah menyentuh hati ini menunjukkan kepada kita bagaimana sifat-sifat keberanian dan kerjasama para pegawai polis ini telah membantu seorang insan yang tidak berupaya mengharungi suatu cabaran yang sukar.

Kegembiraan dan kebanggaan mereka jelas terpampang pada wajah mereka setelah mereka berjaya membantu ibu tersebut untuk melahirkan seorang bayi yang comel dan sihat.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds