Tidak kira untuk apa tujuannya, sama ada baik atau buruk, sudah menjadi sifat manusia untuk saling berlawanan atau bertanding antara satu dengan yang lain.

Kita mungkin tidak dapat mengesan siapakah manusia pertama yang bertumbuk di dunia ini, tetapi bagi sukan tinju ianya bermula sebagai sebuah acara pertandingan Olimpik pada zaman pemerintahan Yunani purba pada tahun 688 SM.

Diakui bahawa tidak semua orang yang menggemari sukan lasak dan berbahaya ini. Ramai yang tidak bersetuju dengan keganasan yang dianjurkan sukan ini di mana dua orang peserta berlawanan sehingga salah seorang daripada mereka tumbang.

Di sini kami kongsikan sukan tinju air yang mungkin mampu membuatkan anda tersenyum menontonnya. Pada video ini, dua orang ‘peninju’ cuba berlawan antara satu sama lain dalam keadaan mata mereka ditutup. Semoga anda terhibur!

Dua orang peninju, seorang berseluar biru dan seorang lagi berseluar kuning, masuk ke ‘gelanggang’

box-1

Oleh kerana mata mereka ditutup dengan kain, amat sukar untuk mencari lawan masing-masing

box-10

Kebanyakan masanya mereka berdua lebih banyak menumbuk angin

box-2

Akhirnya mereka bertembung untuk seketika

box-3

Peninju berseluar kuning terjatuh di hujung gelanggang

box-4

Peninju berseluar kuning bangun dan telah terkeluar dari gelanggang tetapi masih tetap menghalakan kombinasi tumbukan di hadapannya.

box-40

Setelah membuka penutup matanya barulah dia sedar bahawa dia telah jauh melencong. Sementara itu peninju berseluar biru terus menumbuk berseorangan di dalam gelanggang

box-5

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds