BISNES, Ekonomi, NASIONAL

Datuk Seri Mohamed Nazri: Pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara ditutup serta merta

Datuk Seri Mohamed Nazri: Pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara ditutup serta merta
Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah mengarahkan penutupan kesemua 14 pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara serta merta.

ALOR GAJAH: Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah mengarahkan penutupan kesemua 14 pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara serta merta bagi mengelakkan pertindihan tugas antara agensi tersebut dengan pihak berkuasa pelancongan setiap negeri.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, beliau menjelaskan sebab penutupan agensi berkenaan selepas merasmikan sambutan Tahun Baru Cina 2017 dan ulang tahun pertama pusat beli-belah Freeport A’Famosa Outlet (FAO) semalam.

“Kita tutup pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara kerana setiap negeri mempunyai Exco Pelancongan serta unit pembangunan ekonomi dan pelancongan masing-masing. Setiap negeri di­lihat bersungguh-sungguh me­ningkatkan pelancongan negeri masing-masing.

“Kita rasakan kehadiran kita akan bertindih dengan peranan agensi negeri, jadi lebih baik setiap negeri anjurkan promosi pelancongan masing-masing,” katanya.

Tambahnya, langkah tersebut boleh menjimatkan kos sebanyak RM6 juta bagi tahun ini. Kesemua kakitangan yang bekerja di 14 agensi tersebut akan diserap untuk berkhidmat di bawah pihak Kementerian.

Yang turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah timbalan beliau, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dan Pengarah Urusan Kumpulan A’Famosa, Datuk Alex Lau.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...