Tasik Baikal di Rusia merupakan tasik tertua di dunia – 25 juta tahun! Tasik ini juga merupakan tasik ke-7 terbesar di seluruh dunia.

Tasik Baikal yang mengalami 4 musim ini memiliki pemandangan yang mengasyikkan sepanjang tahun. Pada musim sejuk sekalipun, pemandangannya tidak kurang menakjubkan!

Seorang jurugambar dan rakan-rakannya yang melancong di Tasik Baikal berkata bahawa mereka tidak pernah melihat pemandangan yang begitu agung dan mempersonakan bak mimpi. Mereka begitu teruja sehingga tidak melelapkan mata selama 3 hari!

Sebaik sahaja mereka tiba di Tasik Baikal, mereka pegun melihat pemandangan indah yang terbentang luas.

Panjang Tasik Baikal mencecah 600km – menyerupai sebuah laut – sementara ketebalan lapisan ais yang terbentuk di atas tasik ini mencecah 1.5 hingga 2 meter

baikal3

Oleh sebab Tasik Baikal membeku secara berlapis-lapis, kawasan yang berlainan memperlihatkan corak yang berbeza

baikal5

Jika anda bertuah, anda boleh melihat hidupan yang telah membeku bersama air tasik!

baikal6

Air Tasik Baikal yang jernih menyebabkan ais yang terbentuk bersifat lutsinar justeru boleh melihat ke dalam tasik – ikan, batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi

baikal7

Tasik Baikal juga merupakan tasik paling dalam di dunia – 1637 meter! 20% daripada air tasik dan sungai air tawar di dunia terkandung di dalam tasik ini

baikal8

Ramai pelancong meluncur dan berbasikal di atas Tasik Baikal

baikal9

Retakan pada permukaan ais pula membolehkan hidupan di dalam tasik hidup

baikal10

Tasik Baikal telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1996 dan digelar “Mutiara Siberia”

baikal11

Tunggu apa lagi? Jom ke Tasik Baikal!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds