Spencer Seabroke telah berjaya mencatat rekod dunia baru sebagai individu pertama yang berjalan solo bebas di atas tali melakukan aksi slackline walk pada jarak yang terjauh setakat ini.

spencer2

Aksi solo bebas (free solo) bermakna Spencer tidak menggunakan atau memakai apa-apa peralatan keselamatan yang boleh menyelamatkannya sekiranya dia terjatuh. Dia berjaya melakukan aksi tersebut di kala dia merentasi tali sepanjang 64 meter di pergunungan Stawamus Chief Mountain, British Columbia.

spencer4

Lelaki yang berasal dari Kanada itu pada mulanya dilihat telah hilang imbangan beberapa kali pada awal percubaannya. Ketabahan dan kecekalan yang ditunjukkan Spencer telah membantunya melintasi titian tali yang merbahaya tersebut.

spencer3

spencer5

Sebuah dron digunakan untuk merakamkan aksi mencemaskan ini yang dilakukan pada ketinggian 290 meter.

Cubaan yang dilakukan pada 12 Ogos 2015 ini memperlihatkan Spencer menewaskan pemegang rekod dunia terdahulu bagi kategori tersebut sebanyak 7 meter. Saksikan video di bawah ini yang merakamkan aksi berani Spencer ini.

spencer7

Bagi pengetahuan anda, lelaki berusia 26 tahun ini hanya mula berjinak-jinak dengan sukan ini sejak 3 tahun yang lalu. Apa pula cabaran yang akan disahutnya pada masa hadapan, ya?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds