GLOBAL, SAINS & TEKNOLOGI

Bateri dan reka bentuk telefon faktor utama yang menyebabkan kebakaran pada Galaxy Note 7

Bateri dan reka bentuk telefon faktor utama yang menyebabkan kebakaran pada Galaxy Note 7
Seorang perempuan mengguna telefon bimbitnya semasa dia menaiki eskalator yang melalui iklan Samsung Galaxy Note 7. ( ED JONES/AFP/Getty Images )

SEOUL – Syarikat konglomerat Korea Selatan, Samsung, menjelaskan bahawa masalah pada penghasilan bateri dan kecenanggan pada reka bentuk merupakan antara faktor terbesar yang menyumbang kepada masalah yang terdapat pada telefon pintar Galaxy Note 7.

Pada sidang media yang diadakan hari ini, syarikat tersebut juga memohon maaf kepada para pengguna dan pembekalnya.

Menurut laporan New York Times, pada sidang media yang dianjurkan itu juga, pihak Samsung telah mengemukakan penjelasan teknikal yang terperinci tentang masalah bateri pada produknya itu.

Namun begitu, kegagalan syarikat tersebut untuk mengesan bagaimana ianya boleh berlaku tidak dijelaskan.

Walaupun pihak Samsung menyatakan bahawa pengajaran yang diperolehi daripada kegagalan ini telah diserap ke dalam kaedah pemprosesan dan budaya kerja syarikat tersebut yang baru, mereka tidak menjelaskan bagaimana budaya kerja yang baru ini berbeza dengan yang lama atau apakah masalah dengan budaya kerja lama yang menyebabkan kegagalan pada telefon pintar Galaxy Note 7 yang dihasilkan.

Syarikat konglomerat tersebut berhadapan dengan masalah besar apabila terpaksa menghentikan pengeluaran telefon pintar Galaxy Note 7 yang dihasilkannya berikutan beberapa insiden kebakaran yang dilaporkan melibatkan telefon pintar itu.

Syarikat tersebut juga dikatakan terburu-buru di dalam melancarkan telefon pintar itu atas faktor persaingan pasaran dengan syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar yang lain, terutamanya syarikat Apple yang mengeluarkan telefon pintar iPhone7 tidak lama selepas itu.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...