Tiada siapa yang mengetahui apa yang sebenarnya bermain dalam fikiran wanita ini apabila dia membuat keputusan untuk menyelusuri gelanggang ais ini sedang dia memakai kasut bertumit tinggi.

Berapa banyak klip sitkom lagi yang perlu dia tontoni untuk menyedari apa sebenarnya yang sedang dia lakukan?

Menurut laporan foxsports.com, wanita tersebut dikenali sebagai Hannah Hunsinger, salah seorang anggota pasukan sorak pasukan hoki ais LA Kings.

Kemalangan tersebut terjadi pada bulan Jun 2014 apabila pasukan Kings menjuarai kejohanan Stanley Cup selepas menewaskan pasukan New York Rangers pada masa tambahan kedua.

Mungkin kerana diselubungi kegembiraan dengan kemenangan pasukan Kings itu, Hannah turun ke gelanggang untuk meraikan kejayaan pasukan yang disokongnya tanpa berfikir panjang.

Bak kata pepatah Melayu, deras datang dalam kena: apa-apa yang dilakukan dalam keadaan terburu-buru pasti hanya akan mendatangkan kerugian.

Lebih malang lagi kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan sebuah liputan berita yang ditonton ramai peminat sukan hoki ais ini. Populariti Hannah melonjak naik, tetapi bukan seperti yang dia harapkan.

Mungkin apa yang terjadi kepada Hannah boleh dijadikan iktibar kepada orang ramai di luar sana, selamat menonton!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds