Adalah suatu kebiasaan untuk melihat seorang kanak-kanak bermain berjam-jam lamanya dengan patung mainan lembut kesayangannya.

Tetapi berapa kerapkah anda melihat atau mendengar tentang seorang kanak-kanak yang duduk berjam-jam lamanya untuk menghasilkan permainan tersebut untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak lain yang sedang sakit di hospital?

sewing1

Campbell Remess adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang menghasilkan patung mainan lembutnya sendiri untuk dihadiahkan kepada pesakit kanak-kanak di hospital.

Berdasarkan laporan majalah Today, sejak 3 tahun yang lalu Campbell telah menjahit lebih 800 buah patung mainan lembut dan mengagihkannya sendiri kepada kanak-kanak lain yang sedang sakit di hospital.

sewing7

sewing8

Bagi ibunya, Sonya, mendidik Campbell adalah satu pengalaman yang sangat menggembirakan. “Ianya membuatkan saya sebak – ianya sesuatu yang sangat menakjubkan,” jelas Sonya.

“Satu idea ringkas, satu perbuatan mudah boleh mendatangkan impak yang sangat besar,” tambah Sonya.

Semuanya bermula ketika Campbell berumur 9 tahun dan berniat untuk menggembirakan pesakit kanak-kanak di sebuah hospital berdekatan rumahnya. Campbell bertanya kepada ibu bapanya sekiranya dia boleh membelikan hadiah kepada kanak-kanak di hospital itu.

Kekangan kewangan menyebabkan ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa menolak permintaan Campbell.

“Apabila mereka memberitahu kepada saya kosnya sangat tinggi, saya membuat keputusan untuk menghasilkan patung-patung permainan itu sendiri,” kata Campbell.

“Saya memperolehi coraknya dan ingin menjahitnya sendiri. Saya tahu saya boleh melakukannya sekiranya saya berlatih. Ibu memberitahu saya ‘pastikan kamu tidak terpotong jari kamu,’ tetapi ianya berlaku beberapa kali. Pernah sekali sebatang jarum tertusuk masuk ke dalam jari saya,” tambah Campbell lagi.

sewing4

sewing2

Sejak itu Campbell giat berusaha dan berjaya menghasilkan patung mainan lembutnya yang pertama dalam masa 5 jam.

Dalam menghasilkan patung mainannya yang ke-empat, keyakinan Campbell untuk menghasilkan lebih banyak mainan kian meningkat. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah patung dalam masa sehari dan menamakan projeknya itu Project 365.

Menurut Campbell, “Saya membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah hadiah sehari selama setahun dan menghadiahkan kesemuanya.”

sewing12

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds