Pernahkah anda mengalami mimpi buruk di mana anda terjunam dari udara tanpa dilengkapi payung terjun? Bagi seorang penerjun berani dari California ini, ianya bukan sekadar mimpi.

crazy2

Luke Aikins, 42, telah membuat terjunan udara dari ketinggian 25 000 tanpa menggunakan payung terjun di lembah Simi, California, sambil diperhatikan penonton di sana yang bersorak lantang memberikan sokongan.

crazy5

crazy11

Beliau melompat secara rambang daripada sebuah kapal terbang bersama tiga lagi penerjun udara dan membuat pendaratan tepat secara solo di atas jaring seluas 100×100 kaki pada kelajuan 120 bsj. Aksi berani itu diberikan nama Heaven Sent.

Setelah aksi mendebarkan tersebut selesai dilakukannya, Aikins dilihat terbaring terdiam buat seketika. Sejurus sahaja jaring tersebut direndahkan ke tanah, beliau terus bangun dan memeluk isterinya.

crazy10

crazy9

Aikins telah banyak melakukan aksi berani mati, dan melakukan lebih 18,000 terjunan. Beliau juga bekerja sebagai seorang pelakon aksi lagak ngeri. Mungkin anda pernah melihat aksinya di dalam filem Iron Man 3.

Sebagai persiapan untuk melakukan aksi ini, beliau telah melakukan beberapa terjunan menggunakan payung terjun sambil cuba mendarat tepat di atas jaring seluas 100×100 kaki itu.

“Bagi saya, penerjunan ini adalah satu langkah yang harus diambil dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran ekstrim,” jelas Aikins.

crazy12

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds