Kini, ramai yang membatalkan hasrat untuk membeli kereta akibat kegagalan untuk menemui jalan penyelesaian kepada masalah meletakkan kereta di tempat kerja, di pusat membeli belah, dan di tempat-tempat lain ~ Majalah Everyday Science and Mechanics, Januari 1932

Sains dan teknologi boleh menyelesaikan masalah ini!

Era permulaan zaman automobil membawa bersamanya kerunsingan – dan inovasi – kepada masyarakat di bandar Chicago pada tahun 1920-an.

Jumlah kenderaan yang meningkat mendadak menyelusuri jalan raya wilayah tersebut telah menjadikan pembinaan tempat meletak kereta sebagai satu keperluan penting di sini.

Pada masa yang sama juga, pembinaan lif meletak kenderaan dilihat muncul sebagai satu jalan penyelesaian yang berkesan dan canggih.

Penggunaan sistem meletak kenderaan tersebut yang pertama adalah di bandar Los Angeles, New York, dan Chicago pada tahun 1920-an. Sistem moden ini dicipta oleh sebuah syarikat pembuatan bernama Westinghouse pada tahun 1923.

parking-1

Daripada petikan majalah Everyday Science and Mechanics di bawah, ternyata penyelesaian yang dikemukakan syarikat Westinghouse tersebut telah berjaya menghapuskan kerunsingan masyarakat di bandar-bandar besar Amerika Syarikat ini. Bila pula agaknya ianya akan mula digunakan di Malaysia ya?

parking-3

parking-4

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds