Rancangan Spy in the Wild adalah rancangan dokumentari terbaru syarikat penyiaran BBC di mana robot yang dicipta menyerupai seekor haiwan digunakan sebagai ‘perisik’ untuk melihat kehidupan haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat.

Pada episod pertama rancangan ini, sekumpulan monyet langur telah menerima robot yang dilengkapi kamera tertutup tersebut sebagai salah satu anggota daripada kumpulan mereka.

Dan apabila robot itu dilihat terjatuh dari pohon yang tinggi, monyet-monyet tersebut dilihat mula berkabung untuk menghormati ‘pemergian’ robot tersebut.

Matthew Gordon, penerbit kanan rancangan terbaru terbitan BBC itu, berkata, “Kami merasai persekitaran tenang dan sunyi yang menyelubungi mereka. Semua bunyi bising mengerih monyet-monyet ini bertukar menjadi sepi, dan mereka memeluk satu sama lain.”

Koloni monyet langur ini telah menerima ‘robot perisik’ ini sebagai ahli mereka

monyet-1

Malah, salah seekor daripada mereka ingin menjaganya seperti anak sendiri

monyet-2

Tiba-tiba satu kemalangan berlaku

monyet-3

Robot perisik yang disangkakan bayi monyet sebenar mengalami kecederaan serius itu kemudiannya diberikan perhatian penuh oleh kumpulan monyet langur

monyet-4

Mereka kini yakin robot yang disangkakan bayi monyet ini telah pergi, mereka dilihat berkumpul berhampiran robot tersebut untuk memberikan penghormatan

monyet-5

Perasaan sedih dan pilu menyelubungi koloni ini

monyet-6

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds