KUALA LUMPUR – Malaysia, Australia dan China telah mengumumkan bahawa usaha pencarian pesawat MH370 yang telah dijalankan di selatan Lautan Hindi selama hampir 3 tahun namun masih belum membuahkan hasil akan diberhentikan buat sementara waktu.

Malaysia, Australia dan China telah mengeluarkan satu kenyataan bersama bahawa pasukan pencarian telah melakukan usaha pencarian seluas 120, 000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi dengan menggunakan  teknologi yang paling maju dan nasihat profesional daripada pakar namun masih tidak menemui sebarang jejak pesawat MH370.

Kenyataan tersebut juga menegaskan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik namun masih gagal menemukan pesawat MH370. Usaha pencarian selama ini telah menelan belanja kira-kira RM 500 juta.

Walaubagaimanapun, mereka menegaskan bahawa usaha pencarian akan diteruskan sebaik sahaja petunjuk yang boleh dipercayai ditemukan. Ketiga-tiga buah negara juga akan terus berhubung untuk membincangkan perkembangan dalam isu ini.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan krew kabin ini hilang jejaknya pada 8 Mac 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds