Ada kalanya, kita tidak menyedari akan kerapuhan nyawa kita semua sehinggalah kita melalui pengalaman yang menyedarkan kita bahawa kita perlu menghargai dan memanfaatkan setiap saat yang kita tempuhi.

Di sebatang jalan raya licin di Rusia, sebuah kereta yang dinaiki sebuah keluarga telah hilang kawalan dan tergelincir di atas jalan. Kereta yang hilang kawalan ini berpusing di jalan raya dengan dikelilingi kenderaan lain yang bergerak laju.

babysurvivecrash-2

babysurvivecrash-3

Semasa kejadian, beberapa objek telah tercampak keluar dari kereta apabila sebuah trak besar sedang memecut lalu dari arah bertentangan melanggarnya.

Salah satu objek yang tercampak keluar dari kereta tersebut ialah seorang bayi perempuan berusia satu tahun.

babysurvivecrash-4

babysurvivecrash-7

Ajaibnya, dia terselamat daripada digilis trak kedua yang turut menyelusuri jalan raya itu dari arah bertentangan.

babysurvivecrash-14

Apabila keluarga tersebut menyedari bahawa anak mereka telah tercampak keluar dari kereta, ayah bayi tersebut pantas keluar dari kereta untuk menyelamatkan anaknya.

Si ayah kemudiannya mendukung anaknya masuk kembali ke dalam kereta sebelum trak besar kedua menghampiri mereka.

babysurvivecrash-12

Ibu bayi itu kemudiannya keluar dari kereta dan mengutip barang-barang yang tinggal di atas jalan – selimut bayi dan sebuah beg tangan.

babysurvivecrash-15

Bayi perempuan berkenaan dilaporkan selamat.

Tontoni video ini untuk melihat bagaimana bayi ini boleh terselamat daripada digilis trak.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds