Tahukah anda bahawa para ahli sains telah bercadang untuk mengkategorikan status kepintaran ikan lumba-lumba setaraf dengan kepintaran manusia?

Berikut merupakan 5 sebab tahap kepintaran ikan lumba-lumba dikatakan setanding manusia.

1. Ikan lumba-lumba menggunakan gemalokasi

Ikan lumba-lumba mempunyai keupayaan mengesan objek –objek di sekitar mereka dengan menggunakan bunyi sebagai radar. Mereka memburu ikan secara berkumpulan dengan menggunakan kaedah gemalokasi ini. Mereka turut boleh mengelakkan halangan atau objek dengan keupayaan yang luar biasa ini.

dolphin-2

2. Ikan lumba-lumba adalah haiwan mamalia

Ini bermaksud bahawa ikan lumba-lumba berdarah panas dan bukannya berdarah sejuk seperti kebanyakan ikan-ikan lain. Mereka bernafas dengan lubang pancut pernafasan pada bahagian atas kepala seperti cara pernafasan ikan paus.

dolphin-3

Oleh sebab itu, walaupun ikan lumba-lumba boleh menyelam sedalam 500 kaki, pada kebiasaanya, mereka akan mengekalkan selaman mereka pada kedalaman 15 hingga 20 kaki dari permukaan agar mudah bagi mereka naik ke permukaan air untuk bernafas.

3. Ikan lumba-lumba sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga

Apabila ikan lumba-lumba tidur, hanya separuh daripada bahagian otak mereka dinyahaktifkan dan hanya sebelah mata mereka dipejamkan. Sebelah mata dan sebelah otak mereka lagi kekal berfungsi selama mana ikan lumba-lumba ini tidur!

dolphin-6

4. Ikan lumba-lumba mempunyai bahasa

Ikan lumba-lumba berkomunikasi dengan menggunakan kombinasi klik dan bunyi yang rumit. Mereka menggunakan bahasa mereka untuk mengkoordinasikan kumpulan-kumpulan berburu.

Kaedah memburu ini disempurnakan dengan begitu cantik sekali kerana setiap ikan lumba-lumba ini mengetahui apa yang perlu dilakukan dan bila untuk melakukannya.

dolphin-5

5. Ikan lumba-lumba memiliki kapasiti paru-paru yang menakjubkan

Ikan lumba-lumba boleh berada di dalam air tanpa naik ke permukaan sekurang-kurangnya selama 15 minit!

Ahli sains mendapati bahawa apabila ikan lumba-lumba menyelam jauh ke dalam laut (ketika berburu), mereka akan melepaskan oksigen ke dalam paru-paru sehingga mereka mengalami tekanan pneumotoraks pada bahagian paru-paru mereka. Pada masa itulah mereka akan naik ke permukaan air secara perlahan-lahan untuk bernafas.

dolphin-4

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds