Taburan hujan yang banyak selain sistem pengairan yang kurang efisien adalah di antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah banjir di Malaysia saban tahun. Tetapi masalah ini dilihat tidak melunturkan semangat mangsa-mangsa yang mengharunginya dengan senyuman.

Ahli-ahli bomba dan penyelamat dilihat tersenyum lebar di dalam misi mereka menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Baru-baru ini, fenomena banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia telah memaksa ribuan penduduk untuk berpindah meninggalkan rumah-rumah mereka. Sesetengah kawasan juga terpaksa meredah aras banjir yang melewati aras bahaya.

Beberapa jalan yang terpaksa ditutup akibat banjir ini telah menyebabkan beberapa kawasan terputus bekalan dan hubungan dengan kawasan-kawasan lain. Hal ini menyukarkan mangsa-mangsa banjir untuk menjalani kehidupan mereka. Sekolah-sekolah di kawasan ini juga ditutup.

Di kala mereka sedang giat berusaha mengatasi kesukaran yang mencabar ini, mereka masih lagi dilihat mampu mengukir senyuman. Lihat sahaja pasangan ini yang sempat berselfie menyelusuri air dalam dengan hanya menaiki motosikal mereka.

banjir-1

banjir-2

Seperti pohon buluh ditiup angin, semangat mangsa-mangsa banjir ini tidak patah apabila dirundung kesusahan. Semangat ini wajar dicontohi kita semua.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds