Anak-anak itik yellow-billed ini amat bertuah kerana ibu mereka mempunyai bakat berlakon yang sangat meyakinkan – dan kepintaran yang luar biasa.

Ibu itik ini mengarahkan anak-anaknya agar tidak membuat bising apabila ia melihat seekor dubuk berkeliaran. Ibu itik ini kemudiannya mula bergerak ke arah dubuk tersebut sementara anak-anaknya mula menyelinap kembali ke arah air.

duck-1

Kemudian, ibu itik ini mengakak untuk menarik perhatian dubuk tersebut dalam usaha untuk mengalihkan perhatian dubuk itu kepadanya agar anak-anaknya boleh melarikan diri. Ia mula berlakon bersungguh-sungguh seperti ia telah cedera.

duck-3

Ibu itik ini berlakon seolah-olah ia tidak boleh bergerak untuk meyakinkan dubuk itu bahawa ia merupakan mangsa yang mudah.

duck-2

Namun begitu, apabila dubuk itu menghampirinya, kecederaan ibu itik ini pulih secara ajaib dan ia memecut ke arah air!

Untuk seketika, dubuk itu dilihat seolah-olah meragui kebenaran lakonan itik tersebut.

Namun begitu, ibu itik ini seakan-akan dapat membaca fikiran sang dubuk dan memulakan lakonan keduanya – itik yang sedang lemas.

duck-4

‘Teriakan’ ibu itik dan gelembung-gelembung udara di permukaan air berjaya meyakinkan dubuk berkenaan bahawa kali ini itik itu benar-benar sedang lemas.

Oleh itu, dubuk itu mempercayainya sekali lagi dan masuk ke dalam air lalu menghampirinya secara santai kerana berfikir bahawa itik tersebut ialah mangsa yang mudah.

hyena

Sementara itu, di belakang dubuk tersebut, anak-anak itik mula menyelinap ke dalam air.

duck-5

Ini merupakan saat yang genting kerana anak-anak itik tersebut perlu berenang menyeberangi kawasan terbuka untuk ke tempat persembunyian yang selamat.

Ibu itik yang menyedari risiko saat ini terus mengalihkan perhatian dubuk itu lalu membenarkan sang dubuk menghampirinya.

Akhirnya, anak-anak itik berjaya sampai ke tempat persembunyian dengan selamat.

duck-6

Kini, ibu itik boleh memikirkan keselamatan dirinya justeru pulih secara ajaib sekali lagi dan menyembunyikan diri.

Bingung dubuk berkenaan dibuatnya, dan sang dubuk tersebut mula tertanya-tanya bagaimana dia boleh dipermainkan dengan begitu mudah!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds