Kalaulah pertalian semua adik beradik di dunia sebaik ini.

Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun meraung kesedihan apabila mengenangkan wajah comel adiknya akan berubah apabila dia membesar nanti. Sadie merayu kepada ibunya agar adik lelakinya kekal seperti keadaannya sekarang.

Pada video yang dimuat naik ke laman YouTube, Sadie dilihat menangis teresak-esak memeluk adiknya.

sadie2

“Kamu mahu dia kekal seperti ini selama-lamanya?” Tanya ibunya dari belakang kamera. “Ya, dia sangat comel!” jawab Sadie teresak-esak.

“Dan saya tidak mahu mati bila saya berumur 100 tahun,” tambah kanak-kanak itu lagi.

Senyuman yang diberikan adiknya membuatkan Sadie lebih sedih. “Oh, kamu sangat comel! Saya sukakan senyuman comel kamu!” katanya.

Video ini telah ditonton lebih 37 juta penonton sejak dikongsikan pada tahun 2014.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds