Inilah Siswi, badut pemalas dalam kalangan orang utan di Camp Leakey. Orang utan ini menjadi kegemaran pelawat-pelawat yang mengunjungi Camp Leakey kerana telatahnya yang lucu.

Camp Leakey yang terletak di Sungai Sekonyer, di dalam Taman Negara Tanjung Putih, Indonesia, ini merupakan habitat kepada koleksi orang utan liar yang terbesar di seluruh dunia.

Pada suatu hari yang amat panas, Siswi mengambil keputusan untuk berendam di dalam Sungai Sekonyer.

Telatahnya keluar dari sungai ini pasti akan mencuit hati anda.

Pada mulanya, Siswi dilihat membasuh muka dan berkumur (seperti yang kita sering lakukan) sebelum menjirus kepalanya.

Processed with VSCOcam with hb1 preset

Rupa-rupanya, inilah caranya Siswi ‘mandi!’

Processed with VSCOcam with hb1 preset

Seketika kemudian, ia meletakkan krim syampu di atas tangannya dan apabila buih mula timbul, Siswi mula mensyampu rambutnya.

Processed with VSCOcam with hb1 preset

Processed with VSCOcam with hb1 preset

Selepas itu, Siswi menjirus air ke kepalanya semula untuk membilas syampu yang digunakannya.

Processed with VSCOcam with hb1 preset

Cara Siswi ‘mandi’ tak ubah macam manusia.

Tak percaya? Tontonlah video ini sendiri!

Era Baru

Lagi video menarik:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds