Persembahan wanyang kulit adalah seni yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Namun seni persembahan ini semakin dilupakan sejak kebelakangan ini. Sehinggalah baru-baru ini ianya diberikan nafas baru dengan sedikit perubahan kepada teknik persembahan dan penggunaan teknologi baru.

Pada bulan Mei 2015, sekumpulan penari dari Filipina yang menamakan kumpulan mereka El Gamma Penumbra telah mempersembahkan persembahan seni tarian bayang-bayang bertemakan alam semula jadi yang disambut baik para penonton dan juri rancangan realiti Asia’s Got Talent.

me1

me-2

Berlatarbelakangkan lagu “Colors of the Wind,” persembahan menarik ini memaparkan kegiatan dan kerakusan manusia yang memusnahkan kehidupan flora dan fauna di serata dunia.

me-3

me-4

Para juri yang terdiri daripada David Foster, Vanness Wu, Anggun, dan Melanie Chisholm itu bangkit bertepuk tangan memberikan penghormatan setelah persembahan tersebut selesai.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds