Hala tuju Malaysia kini ke arah sektor pembuatan pintar Era Baru 12/01/2017 tweet MIDA menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Rockwell Automation. (MIDA) Related Posts Guru cedera disamun dalam bilik darjah ketika mengajar Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Kemalangan trampolin paling epik! Memang seronok dapat melompat tapi silap langkah habislah anda… KKM: Dua produk sardin dalam tin keluaran syarikat China ditarik balik kerana mengandungi cacing mati Seorang pelancong Taiwan terlantar di hospital setelah menjadi mangsa ragut berdekatan Masjid Negara Share this on WhatsAppKUALA LUMPUR – Negara Malaysia telah pun mula mengorak langkah untuk melancarkan peralihan syarikat-syarikat penting didalam industri pembuatan untuk menyerap konsep teknologi automasi dan pembuatan pintar ke dalam struktur operasi harian mereka. “Dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbangkan hampir 80% kepada KDNK negara, Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) kini mengatur langkah strategik untuk memacu negara ke arah industri dan sektor pembuatan pintar di Malaysia, selari dengan aspirasi Pelan Transformasi Nasional 2050 (T50) negara,” jelas Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia. Beliau memberikan penjelasan tersebut pada satu seminar berkaitan pembuatan pintar dan automasi yang dianjurkan oleh pihak MIDA di ibu pejabatnya pada 12 Januari yang lalu. Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) kini mengatur langkah strategik untuk memacu negara ke arah industri dan sektor pembuatan pintar, kata Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia. (MIDA) Antara usaha yang diambil untuk menggalakkan transformasi tersebut adalah pengenalan inisiatif Automation Capital Allowance (ACA) yang diperkenalkan pada pembentangan Bajet 2015. Sejak pengenalan inisiatif ini, sebanyak 24 permohonan telah diluluskan pihak MIDA. Penggunaan teknologi automasi di dalam sektor pembuatan mempunyai keupayaan meningkatkan produksi sesebuah syarikat sebanyak 200-300 peratus. Seminar yang melibatkan lebih 300 orang peserta daripada pelbagai industri berlainan tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Dato’ Azman Mahmud. Pada seminar itu juga para peserta turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman diantara pihak MIDA dan syarikat Rockwell, sebuah syarikat pembekal automasi industri dan teknologi pintar dari Amerika Syarikat. Menurut Datuk Azman, dengan termeterainya perjanjian persefahaman ini, Malaysia kini mempunyai asas yang kukuh untuk memacu daya produktiviti, inovasi dan transformasi ekonomi negara. Menurut Datuk Azman, dengan termeterainya perjanjian persefahaman ini, Malaysia kini mempunyai asas yang kukuh untuk memacu daya produktiviti, inovasi dan transformasi ekonomi negara. (MIDA) Era Baru Share this on WhatsApp tweet Kategori:Ekonomi NASIONAL ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Menangkap ikan sebenar saiz lengan tanpa menggunakan jaring ataupun joran, rakyat Jepun ini tahu caranya Bermacam gelagat beruang dan panda yang sungguh melucukan, boleh saya bawa mereka pulang ke rumah? Kesan rokok terhadap paru-paru dan trakea selepas eksperimen dijalankan, lihat hasil akhirnya, mengerikan! Sukan air yang belum pernah anda lihat sebelum ini, nampaknya mereka memang kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru seperti ini! Tonton hingga habis! Mereka tidak perlukan drum yang mahal kerana dengan beberapa batang sudu muzik indah dapat dihasilkan! Pilihan Editor Hebat! 6 orang gadis ini bersenam sambil mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’, anda pasti akan teruja apabila menonton video di bawah Vintaj! Rupa buku katalog IKEA daripada tahun 1951 hingga 2000, lihat bagaimana rupa perabot IKEA zaman dahulu Peserta Malaysia telah memenangi anugerah Pertandingan Fotografi Dunia, dan ini gambarnya Ketahui kebaikan berus gigi buluh berbanding berus gigi plastik dan mengapa anda perlu mendapatkannya Anak monyet yang cedera bertemu ‘ibu angkat’ dan ikatan perhubungan yang dibina oleh mereka pasti akan menyentuh perasaan anda Tekad meninggalkan pekerjaan bergaji RM4 ribu sebulan, lelaki ini memilih untuk menjadi petani timun 2017-01-12 Era Baru