Tiada siapa yang tidak mengenali Disney dan filem-filem keluarannya. Animasi menarik yang dihasilkan syarikat ini digemari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Inilah dia – 9 filem Disney yang kita semua nantikan.

1. Beauty and the Beast

fb-image-40_515_269

Filem yang diadaptasi daripada versi kartunnya ini akan ditayangkan pada 17 Mac 2017 dengan dibintangi oleh Emma Watson dan Dan Stevens, bertemakan lagu Be Our Guest.

2. Guardians of the Galaxy Vol. 2

guardians-of-the-galaxy-1-e1476917368467_515_389

Filem kolaborasi Disney dan Marvel Studios ini bakal ditayangkan pada 5 Mei ini. Chris Pratt memegang watak yang sama, iaitu sebagai Star-Lord manakala Kurt Rusell akan memegang watak ayah Star-Lord.  Karen Gillan, Zoe Saldana, Bradley Cooper dan Vin Diesel turut akan kembali berlakon dalam filem ini.

3. Pirates of the Carribean – Dead Men Tell No Tales

06797ab3864dec32274d357681699034aa0dca001fa4a17bfb1962fc076b5a26_515_258

Filem popular yang dibintangi oleh Jonny Depp ini akan ditayangkan pada 26 Mei, selepas 6 tahun Pirates of the Carribean 4 ditayangkan. Mesti ramai yang ternanti-nanti, kan?

4. Thor: Ragnarok

chris-hemsworth-thor-ragnarok_515_258

Filem superhero yang dijadualkan pada 26 Oktober ini akan memperlihatkan kemunculan pelakon baharu seperti Benedict Cumberbatch yang membintangi filem Doctor Strange dan Cate Blanchett, pemegang anugerah Oscar, selain direktor baharu, Taika Watiti. Peminat filem juga boleh menjangka kepulangan Chris Hemsworth dan Thomas Hiddleston.

5. Star Wars 8

dd2136507ee67d7a5e6494796e514f1b73f89d4ed7f861ffd5f1d4fe04d78a27_515_300

Pastinya ramai yang ternanti-natikan filem ini selepas sambutan hangat yang diperoleh oleh Star Wars: The Force Returns dan Rogue One: A Star Wars Story. Jom saksikan di pawagam pada 15 Disember ini.

Sekuel seterusnya dijangka akan ditayangkan pada 24 Mei 2019.

6. Black Panther

3052678-screenshot2016-04-22at5-44-40pm_515_291

Filem ini sangat signifikan kerana Black Panther merupakan superhero berkulit hitam pertama dalam sejarah komik. Filem yang akan ditayangkan pada Februari 2018 ini pastinya akan menarik ramai penonton dengan daya tarikan pelakon utamanya, Chadwick Boseman yang terkenal kerana lakonannya dalam Captain America: Civil War.

7. Avengers: Infinity War

avengers-infinity-war-logo-joe-steiner_515_258

Filem yang diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo ini akan ditayangkan pada 4 Mei 2018 dengan dibintangi oleh krew pelakon sebelumnya. Star-Lords dari filem Guardians of the Galaxy turut membuat penampilan istimewa dalam filem ini.

Bahagian kedua filem ini (part 2) dijangka keluar pada 3 Mei 2019.

8. The Incredibles 2

sldra6yzzzac5tidgxkc_515_390

Filem animasi yang digemari ramai sejak ditayangkan pada tahun 2004 ini bakal menyaksikan sekuelnya pada Jun 2018 selepas 14 tahun lamanya.

9. Toy Story 4

open-uri20150422-12561-a29xp6_8e57696e_515_290

Filem yang dinanti-nantikan ini akan kembali pada Jun 2016 dengan fokusnya pada hubungan antara Woody dan Jessie.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds