KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah meninggal dunia tengah hari ini kira-kira pada pukul 1.30 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching. Beliau berusia 72 tahun.Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, telah mengesahkan hal ini.

Keadaan kesihatan Adenan kurang memuaskan dan beliau dilihat kurang menghadiri majlis dan upacara rasmi sejak kebelakangan ini.

Adenan bakal menyambut hari lahir beliau ke 73 pada 27 hari bulan Januari ini. Beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sarawak daripada Tun Abdul Taib Mahmud sejak 28 Februari 2014.

Beliau telah mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional yang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke 11 pada 7 Mei 2016.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds