Campuran tanah liat berlainan warna boleh menghasilkan kesan corak perhiasan yang menarik. Bergantung kepada cara tanah-tanah liat tersebut dicampur dan diadunkan, corak perhiasan yang dihasilkan boleh mejadi kemas dan teratur, atau bebas berselerakan.

Beberapa istilah digunakan para artis untuk menamakan beberapa teknik mengadun tanah liat. Antara tiga yang paling kerap digunakan ialah “neriage,” “nerikomi,” dan “agateware.”

Istilah “neriage” berasal dari akar perkataan Jepun neri yang membawa maksud “mencampurkan” dan age yang bermakna “tarik ke atas.”

Oleh itu, neriage dihasilkan dengan mencampurkan tanah-tanah liat yang berbeza diatas roda pembuat tembikar. Adunan ini kemudiannya akan ditarik ke atas bagi menghasilkan corak berlingkar atau berpusar.

1_neriage

Istilah nerikomi juga berasal dari negara Jepun. Kali ini kata akar neri dihubungkan dengan kata akar komi. Sekiranya age membawa maksud “tarik ke atas,” age membawa maksud yang bertentangan iaitu “tekan ke bawah.”

Jadi, teknik nerikomi ini akan menghasilkan corak yang berbeza dengan neriage kerana cara pembentukan tanah liat dua kaedah ini berbeza.

30_neriage

Istilah “agateware” pula muncul di England pada abad ke 17. Teknik ini menggunapakai lapisan batu akik yang disusun secara rawak untuk menghasilkan corak yang menarik.

18_neriage

Walau apa pun teknik yang diguna pakai para artisan yang membentuk corak tembikar yang menarik ini, kesudahan corak yang dihasilkan adalah sangat menakjubkan.

Saksikan video di bawah ini untuk melihat sendiri bagaimana artis ini menghasilkan corak acuan tembikar menggunakan teknik-teknik berlainan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds