Sekeping gambar yang diambil di sebuah tadika di China telah mendapat sambutan hangat di laman media sosial negara tersebut baru-baru ini.

Pada gambar tersebut, beberapa orang kanak-kanak dilihat duduk mengelilingi sebuah meja. Di kala kebanyakan kanak-kanak yang membawa ikan hidup di dalam bekas masing-masing, seorang pelajar yang duduk membelakangi kamera dilihat membawa seekor ikan yang telah disembelih yang diletakkannya di dalam sebuah besen.

8a4545af05ceb23_w441_h568

Gambar tersebut dimuat naik bersama kapsyen, “Guru menyuruh kanak-kanak membawa seekor ikan ke sekolah. Ibu, mengapa ikan saya berbeza dengan mereka?”

Temu bual bersama bapa kepada pelajar yang membawa ikan tersebut mendapati kejadian itu berpunca daripada satu salah faham antara mereka.

Bapanya memberitahu bahawa anaknya mengatakan bahawa apa-apa jenis ikan pun boleh dibawa ke sekolah. Jadi si bapa tersebut menyediakan ikan yang baru dipancingnya untuk dibawa ke sekolah.

Gambar tersebut telah mencuit hati ramai yang melihatnya. Ianya tersebar luas, terutamanya dalam kalangan ibu bapa.

Selepas ianya dimuatnaik dan dikongsikan, gambar tersebut telah diubah suai ramai pengguna internet yang lain untuk dijadikan lauk ikan yang sedap seperti ikan masak masam manis dan sashimi.

photo-retouch

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds