Trak Zipper ini sangat luar biasa. Ianya direka khas untuk membantu para jurutera dan kontraktor untuk menghasilkan terowong pada kadar segera.

Bahagian belakang melengkung trak ini dilengkapi dengan roda-roda kecil bagi menyokong struktur terowong yang sedang dibina. Bongkah-bongkah bata pula kemudiannya akan disusun di atas lori tersebut.

Bongkah-bongkah bata disambungkan antara satu dengan yang lain tanpa menggunakan sebarang larutan pelekat. Bongkah-bongkah ini disusun seperti bongkah-bongkah permainan Lego.

zipper-truck-2

Direka dan dibina khas oleh syarikat Lock Block Ltd., trak Zipper ini mempunyai keupayaan membina terowong sepanjang ¼ batu dalam masa kurang dari 24jam.

Mengapa trak ini dinamakan trak Zipper? Cara trak ini berfungsi di dalam pembinaan sesebuah terowong adalah sama dengan mekanisme yang digunakan untuk menggerakkan zip pakaian. Sebab itulah trak ini diberi nama sedemikian.

Trak ini dikatakan boleh menjimatkan masa membina sesebuah terowong sebanyak pada kadar 90%.

Saksikan kebolehan teknologi menakjubkan ini membina terowong di sini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds