“Hidup ini umpama menunggang sebuah basikal. Anda perlu terus maju untuk mengimbangi diri anda.”

Begitulah sedikit sebanyak pesanan saintis terkemuka, Albert Einstein, dalam sepucuk surat kepada anaknya Eduard bertarikh 5 Februari 1930.

Masihkah anda ingat kali pertama anda menunggang basikal dua roda tanpa bantuan orang lain? Mengimbangi badan anda agar terus maju ke hadapan tidak semudah yang disangkakan, bukan?

Tetapi video yang kami ingin kongsikan dengan anda hari ini bukanlah tentang cara-cara menunggang basikal, mahupun ia berkenaan pesanan seorang saintis kepada anaknya.

Keunikan basikal yang digunakan lelaki berumur dari China ini menarik minat kami, dan kami berharap anda juga akan berasa kagum melihat hasil rekaan yang dipaparkan ini.

Apa yang menarik tentang basikal ini ialah keseluruhannya diperbuat daripada kayu. Mungkin ia bukanlah basikal terbaik yang pernah anda lihat, tetapi kemahiran mencipta basikal tersebut wajar dihargai.

wood-bike

Walaupun pengendaliannya sangat sukar dan tidak selesa, ianya masih bergerak. Mungkin dengan beberapa pengolahan ianya boleh menyelusuri jalan dengan mudah pada masa hadapan.

Apa agaknya yang menyebabkan lelaki berumur ini untuk menghasilkan basikalnya sendiri agaknya ya? Walau apa pun, kebolehan basikal ini bergerak adalah satu permulaan yang baik untuk pereka veteran ini!

Era Baru

Pemuda ini pula mengayuh basikal kayu versi moden:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds