Jika kebiasaannya anda seorang yang berperwatakan tenang dan peramah, mungkin sukar untuk mengakui bahawa ada seseorang di dalam hidup anda yang sukar untuk anda bersabar dengannya.

Mungkin individu tersebut pernah melakukan sesuatu kesalahan terhadap anda dahulu, atau mungkin jurang perbezaan perwatakan antara anda dan dia sangat besar.

Walau apa pun sebabnya, apabila individu tersebut berada berdekatan anda, darah anda akan naik membuak-buak walaupun bukan itu reaksi yang anda mahukan.

Kucing ini benar-benar faham perasaan anda.

Mungkin sedikit berbeza dengan anda, individu yang tidak disenangi kucing tersebut datang dalam bentuk patung mainan berupa harimau. Di sini kita boleh lihat juga mengapa kucing ini bertindak sedemikian.

Patung tersebut duduk angkuh tinggi sambil memandang rendah kepada sang kucing itu. Siapa yang tidak naik angin dengan perwatakan seperti itu?

Atau mungkin kucing ini cemburu?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds