Kanak-kanak berumur dua tahun menjadi wira apabila dia menyelamatkan adik kembarnya yang dihempap sebuah almari pakaian yang terjatuh.

Kedua-dua mereka, Bowdy dan Brock, sebelum itu cuba untuk memanjat masuk ke dalam laci almari tersebut apabila perabot itu terjatuh.

Pada waktu kejadian itu berlaku, ibu mereka, Kelly Stoff, terpaksa meninggalkan mereka seketika untuk ke tingkat atas. Walau bagaimanapun, Bowdy kelihatan tenang memikirkan cara-cara untuk mengeluarkan Brock yang sedang meraung kesakitan di bawah almari tersebut.

Tidak berapa lama, Bowdy berjaya menolak almari tersebut dari arah tapak perabot itu, memberikan ruang yang cukup untuk Brock menguis badannya keluar. Rakaman ini dikongsikan oleh bapa kepada pasangan kembar ini untuk memberi peringatan kepada para ibu bapa yang lain agar ianya tidak berlaku kepada mereka.

“Saya teragak-agak untuk memuat naik klip ini,” jelas Ricky Stoff, bapa kepada kanak-kanak ini. “Tetapi saya fikirkan saya perlu berkongsi maklumat ini bukan sahaja sebagai peringatan kerana klip ini juga menunjukkan ikatan kuat di antara dua beradik ini.”

Tambahnya lagi, “Kami tahu Bowdy tidak keseorangan sewaktu dia menolak almari itu daripada menghimpit Brock. Dan kami sangat bersyukur Brock terselamat. Saya berharap agar para ibu bapa yang lain akan memastikan laci almari mereka dikunci dan almari mereka dipakukan ke dinding agar kejadian seperti ini tidak berlaku kepada anda.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds