Ianya sangat menakjubkan dan mengagumkan melihat dua beradik ini melakukan aksi mengimbangi badan dengan kepala sambil berjalan menaiki anak tangga yang tinggi dan curam.

Adik beradik yang berasal dari Vietnam ini, Giang Quoc Co dan Giang Quoc Nghiep, telah mencatat rekod dunia baru dengan persembahan imbangan badan berani yang mereka lakukan itu menaiki 90 anak tangga sebuah gereja dalam masa 52 saat.

guinness-vn-2-1024x668

Adik beradik Giang ini melakukan aksi luar biasa itu menaiki anak tangga gereja Girona di Sepanyol. Lokasi tersebut sangat popular sebagai salah sebuah lokasi yang digunakan untuk penggambaran filem “Game of Thrones,” menurut laporan AFP.

Ramai pegawai tertinggi bandar tersebut hadir menyaksikan cubaan adik beradik Giang ini termasuklah datuk bandar Marta Madrenas. Datuk bandar Marta juga turut sudi menyampaikan pingat rekod dunia kepada pasangan adik beradik itu.

Pasangan adik beradik Giang merupakan antara artis persembahan sarkas yang paling berbakat di Vietnam dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa atas persembahan-persembahan luar biasa yang telah mereka lakukan.

Saksikan aksi menarik yang memecahkan rekod dunia ini di sini. Semoga terhibur!

https://youtu.be/WtsvLE93uFw

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds