Bagaimana untuk mengatakan “tidak” kepada kucing anda

3519247_f520

Bagi mereka yang memelihara kucing di rumah, tentu anda memahami bagaimana sukarnya untuk mengajar mereka untuk mendengar kata. Arahan “tidak” yang diberikan tidak diendahkan sahaja.

Jadi bagaimana caranya untuk mengawal tingkah laku haiwan peliharaan kesayangan ramai ini? Ada caranya. Disini kami kongsikan beberapa kaedah yang berkesan untuk mendisplinkan kucing anda.

Kaedah pistol air

hqdefault-1

Anda boleh memberikan beberapa peringatan awal sebelum menggunakan kaedah ini. Tetapi sekiranya arahan anda masih tidak diendahkan, anda boleh mula menggunakan “senjata” pilihan anda dan merenjiskan sedikit air ke arah kucing itu.

Kebiasaanya kucing akan mengelakkan diri daripada terkena renjisan air tersebut. Sekiranya anda melakukan langkah-langkah ini beberapa kali, kucing itu mungkin akan memahami mesej yang cuba diberikan. Sekiranya ia cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak anda disukai, ia akan “dihukum,” lebih-lebih lagi jika ia melihat bekas air itu ada berhampiran anda.

Tetapi harus diingat, kucing adalah haiwan yang bijak. Apabila ia tidak melihat bekas air yang digunakan untuk menghalaunya, ia tetap akan melakukan perkara yang tidak anda gemari tersebut.

Mendesir seperti kucing

hqdefault

Sekiranya menyediakan bekas air untuk menghalau kucing anda terlalu membebankan, anda boleh mencuba satu lagi kaedah untuk mendisplinkan kucing anda.

Apabila ia mula melakukan sesuatu yang anda telah melarangnya, tenung matanya dan mendesirlah seperti seekor kucing. Teknik ini pernah digunakan penulis dan ianya ternyata berkesan! Apa yang menakjubkan ialah kucing itu tidak kembali lagi untuk mencuba nasibnya selepas itu.

Dua teknik ini dicadangkan atas pengalaman yang diamalkan oleh penulis. Mungkin ianya akan berkesan ke atas kucing anda mungkin tidak. Tidak semua kucing mempunyai perwatakan yang sama. Tetapi mungkin anda boleh mencuba dahulu cadangan kami.

Kami berharap rencana ini sedikit sebanyak boleh membantu anda berhubung dengan haiwan kesayangan anda dengan lebih baik.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds