Bukan selalu kita lihat penari-penari profesional mengambil seorang bayi sebagai inspirasi tarian mereka. Tetapi itulah yang dilakukan kumpulan penari ini yang meniru pergerakan seorang bayi 14 bulan bernama Ivo.

Pengarah artistik itu yang juga merupakan ibu kepada Ivo, Alexandra Beller, telah memilih perlakuan anaknya sebagai bahan gubahan sebuah persembahan.

baby1

Di dalam video berdurasi satu minit ini, Ivo dilihat melakukan pergerakan tarian secara spontan sementara para penari yang lain cuba meniru setiap langkah dan pergerakan bayi itu.

Mengapa para penari ini berbuat demikian? Apakah makna sebenarnya? Beller menjelaskan, “saya fikir ramai dalam kalangan kita yang menghabiskan sebahagian besar waktu kita di dunia ini mencari erti kehidupan.

“Ada di antara kita yang kemudiannya berpegang kepada agama, sains, keibubapaan, atau yoga. Saya berpegang kepada seni. Saya telah mencari pengertian hidup ini melalui karya seni sejak sekian lama dan saya telah menjumpainya.

baby2

“Tetapi saya berasa hampa dengan proses yang cuba menghubungkan sesuatu yang lebih besar dari diri saya melalui sesuatu yang terlalu tertumpu dengan diri sendiri.

“Kemudian saya dikurniakan cahaya mata dan apabila saya melihat perilaku mereka, saya merasakan ada sesuatu yang wujud di luar pengetahuan kita, sesuatu yang menghubungkan kita, sesuatu tentang keinginan kita.

“Saya mula mempelajari tarian anak-anak saya dengan harapan ianya akan membawa saya lebih dekat kepada perasaan seseorang yang tidak mempunyai cerita hidupnya sendiri, tiada kritikan, tiada formula, tiada khayalan, tiada penafian, tiada kejayaan, tiada kejayaan, tiada kegagalan, tiada ego. Hasilnya ialah satu karya yang dihasilkan empat penari luar biasa yang dinamakan Milkdreams.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds