Klip video yang mula dikongsikan pada tahun 2009 ini dilihat masih lagi mendapat sambutan ramai. Ianya memaparkan ibu panda yang sedang tenang menikmati secebis makanan tiba-tiba tersentak dengan bunyi bersin anaknya yang kelihatan sedang tidur.

Bayi panda bernama Chi Chi itu benar-benar mengejutkan ibunya. Mujurlah ibunya tidak terkena serangan jantung! Kejadian ini berlaku di sebuah institusi pembiakan haiwan di wilayah Sichuan.

Klip ini telah ditonton lebih 250 juta pengguna internet, dan telah memberikan pelbagai idea penghasilan klip “spoof,” termasuklah yang dihasilkan oleh sebuah rancangan kartun popular Amerika Syarikat, South Park.

Watak Chi Chi juga dijadikan inspirasi sebuah filem bertajuk Sneezing Baby Panda yang turut dibintangi pelakon popular Australia, Amber Clayton. Ibu Chi Chi, Mao Mao, pula telah pergi pada satu  kejadian gempa bumi yang berlaku di Sichuan beberapa tahun lalu.

mv5bmtk2mtawodkzml5bml5banbnxkftztgwmdgyntaxmje-_v1_

Era Baru

https://youtu.be/EAcdvmnZ_GM

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds