Seorang penerjun ekstrim BASE bernasib baik apabila terselamat daripada satu kemalangan yang menyebabkan beliau jatuh menjunam dari sebuah tebing berketinggian 1200 meter.

Pada kejadian tersebut, Richard Henrikson sedang menjalankan penggambaran sebagai tetamu jemputan rancangan Normal Madness, sebuah rancangan popular di Norway.

Rutin persembahan Richard memerlukan beliau melakukan somersault pada sebatang palang sebelum melakukan terjunan dari tebing tinggi tersebut.

Tetapi aksi tersebut bertukar menjadi bencana apabila salah satu daripada bahagian palang yang digunakan beliau untuk bergayut tiba-tiba tercabut dari tapaknya.

Bapa kepada lima orang anak itu kemudiannya terpelanting jatuh ketika sedang bergayut melakukan pusingan somersault.

article-2220601-15981b76000005dc-858_634x324

Hos rancangan televisyen tersebut menyaksikan bagaimana Richard Henriksen mengagumkan kru rakaman dengan aksi somersault di tepi tebing tinggi.

article-2220601-15981b66000005dc-175_634x331

Keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila palang yang digunakan penerjun itu tiba-tiba tercabut dan Richard terus jatuh menjunam.

Struktur palang itu turut jatuh dan nyaris menghempap Richard.

article-2220601-15981b5f000005dc-88_634x325

Sorakan sokongan yang dilaungkan kru rakaman itu terhenti. Dan mereka dilihat terpaku melihat apa yang telah berlaku.

Mujurlah di kala beliau sedang terjatuh, Richard berupaya untuk membuka payung terjun beliau dan kemudiannya berjaya mendarat dengan selamat.

Sewaktu kejadian itu berlaku, Richard “terdengar bunyi gemerincing besi,” dan rod besi palang tersebut jatuh melepasi beliau hanya beberapa meter sahaja.

Selepas beberapa ketika kejadian itu berlaku, Richard, yang juga seorang pakar bedah, menonton semula rakaman peristiwa mencemaskan yang berlaku itu bersama-sama anak-anaknya. Ternyata mereka semua terkejut dengan apa yang telah terjadi.

Dan Richard sangat bersyukur kerana terselamat daripada kejadian ngeri itu. Apabila difikirkan kembali, beliau mengakui nasib anak-anaknya yang sangat hampir “kehilangan ayah mereka.”

article-2220601-1598209c000005dc-407_634x334

Kamera kedua menunjukkan bahaya yang dihadapi penerjun berani ini apabila beliau jatuh menjunam secara tiba-tiba.

article-2220601-15982080000005dc-174_634x286

Tetapi kru rakaman yang tidak terdaya itu berasa lega apabila melihat payung terjun Richard terbuka.

article-2220601-15981b89000005dc-274_634x345

Pengacara rancangan Normal Madness tersebut, Arde Sende Osen, mengakui pada fikiran beliau Richard tidak mungkin boleh terselamat daripada kemalangan itu. Arde juga menganggap pengalaman penggambaran kejadian tersebut adalah yang paling buruk yang pernah beliau alami.

Arde dilihat menelengkupkan tangan ke mukanya dalam reaksinya yang tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. “Apabila ia terjadi, saya sangka dia akan mati. Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya alami di tempat kerja,” katanya.

article-2220601-15981b85000005dc-89_634x330

Pakar bedah itu dijemput ke rakaman rancangan popular di Norway itu kerana minatnya di dalam sukan ekstrim.

article-2220601-1598208c000005dc-836_634x338

Anak-anak Richard menonton peristiwa yang berlaku dan terkejut bagaimana ayah mereka boleh terselamat daripada kemalangan mencemaskan itu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds