Sekiranya anda berpendapat mata pelajaran sains adalah subjek yang membosankan, fikirkannya semula. Ia sebenarnya penuh dengan kejadian-kejadian menarik dan menyeronokan. Tak percaya? Lihat sahaja klip-klip video yang kami kumpulkan di sini. Mungkin anda juga akan tertarik untuk mencuba eksperimen-eksperimen ini sendiri nanti.

1. Mengghaibkan objek

Pembiasan cahaya berlaku apabila pantulan cahaya mengalami pertukaran arah dan kelajuan sewaktu ia melepasi satu objek ke objek yang lain. Apabila terdapat dua objek yang mempunyai sifat pantulan yang sama, pantulan cahaya yang melalui kedua-dua objek itu akan membuatkannya kelihatan ghaib dari pandangan. Saksikan bagaimana ianya terjadi di sini.

2. Membekukan cecair dalam sekelip mata

Apabila air tulen disejukkan hampir kepada paras beku, ianya berupaya untuk membekukan objek cecair yang lain. Ingin tahu bagaimana? Saksikan video tutorial ini di bawah.

3. Menghasilkan lendiran Oobleck dan membuatkan ia menari.

Nama Oobleck yang diberikan datang daripada sebuah kisah daripada buku kanak-kanak Dr Seuss. Lendiran ini diklasifikasikan sebagai cecair non-Newtonian. Maksudnya ia mempunyai kedua-dua sifat pepejal dan juga cecair. Saksikan bagaimana untuk menghasilkan larutan ini melalui pautan ini.

z5xtqm2

GIF dari Science Sunday on Google+

4. Hasilkan larutan Elephant’s Toothpaste

Larutan Elephant’s Toothpaste adalah sebuah larutan berbuih panas yang dihasilkan melalui proses penguraian hidrogen peroksida. Mungkin uji kaji yang ini lebih baik dilakukan oleh ahli sains yang bertauliah. Jangan mencuba eksperimen ini sendiri di rumah!

5. Hasilkan adunan “Magic Mud”

Larutan cecair non-Newtonian kali ini dihasilkan daripada ubi kentang. Adunan Magic Mud (Lumpur Ajaib) ini diperoleh daripada kanji daripada sayuran tersebut. Ianya liat apabila diuli tetapi larut menjadi cecair apabila dibiarkan tidak disentuh.

6. Hasilkan “awan” di dalam botol

Anda juga boleh menghasilkan kepulan awan di dalam botol. Kepulan awan di langit terbentuk apabila wap air menyejuk dan memeluwap menjadi titsan air yang boleh dilihat. Anda boleh menghasilkan “awan” anda sendiri di rumah. Langkah-langkah di laman web wikiHow ini boleh membantu anda.

7. Hasilkan corak terang yang cantik di dalam bekas air

Disintesiskan oleh Adolf van Baeyer pada tahun 1871, fluoresein adalah sebuah serbuk tanpa toksik yang digunakan di dalam pen penyerlah. Ianya digunakan juga oleh pihak NASA untuk mengesan kapal angkasa lepas yang terjunam di darat atau laut. Anda boleh menggunakan bahan ini untuk menghasilkan corak bercahaya cantik di dalam air. Rujuk laman NightHawkInLight untuk melihat bagaimana.

vgrdjhw

Imej GIF ini dihasilkan seorang pengguna akaun YouTube NightHawkInLight

8. Hasilkan karya agung Gallium

Gallium mempunyai aras cair yang rendah pada suhu 29.7ºC. Dengan meletakkan longgokan gallium ke dalam secawan air suam, ianya boleh dibentuk menjadi pelbagai rupa. Tekan pautan ini untuk mengetahui cara-caranya.

9. Hasilkan Lampu Lava anda sendiri

Di dalam sebuah lampu lava, terdapat buih-buih lilin berwarna yang dicampurkan dengan sejenis cecair tidak berwarna. Ketumpatan cecair tersebut akan bertukar apabila dipanaskan melalui pemanasan elemen di tapak lampu itu. Ini membolehkan buih-buih itu tadi naik dan turun dengan cantiknya. Anda boleh melakukannya sendiri, lihat di sini bagaimana.

10. Hasilkan cecair magnetik

Cecair ferrofluid adalah cecair yang mengandungi zarah besi berskala nano apabila dihubungkan dengan sesuatu yang bermagnet. Dengan menggunakan minyak, larutan toner dan magnet, anda boleh menghasilkan larutan ferrofluid ini sendiri.

i1lcmz1

GIF daripada Ramtco

11. Hasilkan arca ais segera

Satu lagi uji kaji yang melibatkan ais. Tetapi kali ini ianya menggunakan larutan sodium acetate. Larutan ini biasa digunakan pada produk pemanas tangan dan akan bertukar menjadi ais panas apabila disentuh. Video ini menunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan larutan tersebut untuk membuat arca.

o5fd9qn

GIF dihasilkan daripada video yang dimuat naik HouseholdHacker.

12. Hasilkan pasir kalis air

Larutan hidrofobik akan menyahkan air. Apabila kita menggabungkan larutan ini dengan pasir, anda boleh menghasilkan pasir yang kalis air. Anda boleh mencubanya sendiri dengan menonton video tutorial ini.

13. Fahami bagaimana roket angkasa dilancarkan

Dengan gabungan sumber nyalaan pepejal dan cecair pengoksida, enjin roket hibrid boleh digerakkan dengan sendirinya. Dan pada skala kecil, anda boleh menghasilkan enjin roket hibrid sendiri dengan menggunakan pasta, hidrogen peroksida, dan yis.

14. Hasilkan buih kristal

Apabila suhu berada di bawah paras 0oC, ianya membolehkan anda membekukan buih menjadi kristal. Tidak banyak langkah-langkah uji kaji disini, apa yang anda perlukan ialah larutan buih dan suhu yang sejuk.

15. Hasilkan hasil seni cecair yang bergerak

Campuran sabun pencuci pinggan dan susu akan menyebabkan komposisi kimia susu tersebut itu terurai. Campurkan pula cecair pewarna dan anda akan menghasilkan reaksi kimia berwarna yang menggelegak seperti di bawah.

os7tgtg

GIF dihasilkan daripada video YouTube HouseholdHacker.

16. Hasilkan bunga teluki berwarna

Bunga menyerap air daripada tangkainya. Dan sekiranya air tersebut dicampurkan dengan larutan pewarna, bunga tersebut akan turut menyerap larutan itu. Ini akan menghasilkan bunga berwarna yang cantik. Saksikan bagaimana di sini.

17. Membebaskan tenaga daripada gula-gula (tanpa memakannya)

Memasukkan gula-gula ke dalam larutan kalium klorat akan membebaskan tenaga kimia di dalam gula-gula tersebut. Ini akan menghasilkan reaksi kimia yang sangat kuat.

18. Menghilangkan air secara “misteri”

Sodium polyacrylate adalah sejenis polimer yang menyerap dengan kuat. Ianya boleh menyerap air sehingga 300 kali ganda kuantiti jisimnya. Digunakan pada lampin pakai buang, anda boleh menghilangkan air dalam masa beberapa saat sahaja. Video ini menunjukkan bagaimana.

19. Menghasilkan pelangi di dalam balang

Cecair yang berlainan mempunyai jisim dan ketumpatan yang berbeza. Contohnya, minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air. Dengan menggabungkan larutan berwarna yang mempunyai ketumpatan berbeza, anda boleh menghasilkan warna pelangi di dalam sebuah balang seperti yang ditunjukkan di sini.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds