Mengorbankan haiwan yang tidak berdosa untuk tujuan sukan laga lembu dilihat sebagai satu tindakan yang kejam dan bukanlah hanya sebagai sejenis sukan tradisional popular masyarakat Sepanyol.

Imej dan klip video ngeri yang menunjukkan lembu-lembu yang digunakan untuk tujuan sukan tersebut dicederakan dan dibunuh disiarkan oleh rangkaian televisyen serata negara itu pada waktu musim panas.

Pada musim panas inilah sukan itu mula berlangsung dan para pejuang hak haiwan menggembeling tenaga di dalam usaha mereka untuk mengharamkan sukan itu.

Ribuan telah berhimpun di ibu kota Madrid untuk menyarakan bantahan mereka terhadap sukan tradisional masyarakat Sepanyol itu yang menyebabkan beberapa wilayah di negara tersebut mengharamkan sukan ini.

Gambar oleh: larioja
( larioja)

Bagi beberapa wilayah di Sepanyol, sukan laga lembu ini terus menarik lebih ramai penonton. Di Andalusia misalnya –  di mana ianya lebih daripada sekadar tradisi sejak kurun ke-18 – acara laga lembu ini diraikan secara besar-besaran.

Gambar oleh: malagatravelguide
(malagatravelguide)

Manakala di wilayah San Sebastian pula, pengharaman sukan ini selama 3 tahun telah dibatalkan dan acara laga lembu ini berlangsung semula pada musim panas tahun ini. Ramai yang berkumpul untuk memprotes tindakan ini sebagai tindak balas dan petisyen untuk mengharamkan sukan ini selama-lamanya telah pun ditandatangani.

Gambar oleh: El Correo
(El Correo)

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds