Biasa kita dengar bahawa haiwan pandai menilai perwatakan seseorang. Mereka dikatakan mempunyai kebolehan untuk mengagak sama ada seseorang itu mempunyai niat baik atau sebaliknya. Justeru, apabila ia bertemu dengan seseorang yang membuatkan ia selesa, tidak menghairankan haiwan tersebut ingin lebih rapat dengannya.

Seekor kuda nampaknya terlalu mesra dengan wartawan ini. Wartawan dari Greece tersebut sedang cuba merakamkan sebuah laporan apabila kuda bernama Frankie itu kerap menarikya.

Jauh sekali reaksi wartawan itu untuk memarahi Frankie, malah beliau tidak dapat menahan gelak tawanya dengan gelagat kuda itu. Kami tidak dapat mengesahkan sama ada laporan tersebut berjaya disiapkan, tetapi Frankie tentunya telah memenangi hati ramai peminat dan rakan baru.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds