Bengkel kayu Canadian Woodworks kini menghiasi perabot kayu mereka meggunakan kaedah yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran anda.

Mungkin perabot yang diukir menggunakan tangan tidak lagi mendapat sambutan, syarikat ini menggunakan teknik pembakaran untuk menghasilkan figura yang dikenali sebagai figura Lichtenberg.

Figura Lichtenberg ini dinamakan sempena ahli fizik Jerman bernama Georg Christoph Lichtenberg yang pertama sekali mengkaji dan menemui corak ini.

Walaupun corak ini diguna pakai oleh para jurutera untuk menguji kebolehpercayaan sesuatu alatan bervoltan tinggi, ianya kini turut digunakan untuk menghasilkan lakaran pokok pada permukaan kayu.

Tontoni video menarik ini dibawah. Mengagumkan bagaimana lakaran-lakaran cantik ini dihasilkan!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds