Kadang kala kita terbaca tentang kisah doktor melakukan pembedahan untuk mengasingkan pasangan bayi kembar manusia. Tahukah anda, haiwan juga diketahui telah melahirkan pasangan kembar?

Di sini kami kongsikan video yang dimuat naik seorang pakar haiwan di laman YouTube miliknya di mana dia melakukan prosedur mengasingkan sepasang anak kura-kura kembar.

Pakar haiwan tersebut menjelaskan, “para penjaga sentiasa berdepan masalah apabila membantu proses kura-kura untuk bertelur atau mengeram. Salah satu daripadanya adalah apabila terlahirnya anak kura-kura kembar.

“Pasangan kembar kadang-kadang akan lahir dalam keadaan bersambung atau salah satu daripada mereka akan mati di dalam telur. Video ini menunjukkan bagaimana untuk memisahkan anak kura-kura yang dilahirkan kembar” tambahnya.

Saksikan video proses mengasingkan pasangan kembar ini dibawah. Anda tentu akan kagum melihat pakar ini yang hanya menggunakan barangan harian untuk melakukan prosedur tersebut.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds