“Nama saya Alex, saya berusia 8 tahun. Saya menghidap penyakit neuroblastoma dan saya mengumpul wang untuk disalurkan kepada kajian kanser pediatrik dengan bantuan rakan-rakan saya melalui gerai kecil lemonad kami.”

alex2

Anak kedua daripada empat orang adik beradik, Alexandria “Alex” Scott telah dilahirkan pada 18 Januari 1996.

Beberapa bulan sebelum beliau menyambut hari kelahirannya yang pertama, Alex didapati menghidap penyakit neuroblastoma, iaitu sejenis penyakit kanser yang jarang ditemui.

Apakah reaksi kanak-kanak ini setelah diberitahu beliau menghidapi sejenis penyakit yang serius?

Alex terus tabah menghadapi cabaran tersebut dengan wajah tersenyum. Beliau memulakan usaha untuk mengumpulkan dana untuk disalurkan buat kajian penyakit kanser.

alex4

Ketika berusia empat tahun, Alex telah berjaya memungut wang bantuan berjumlah melebihi $2000 pada cubaan pertamanya.

Beberapa tahun setelah itu, keadaan kesihatan Alex menyusut, dan beliau meninggal dunia pada 1 Ogos 2004 ketika berusia lapan tahun.

Pada jangka hayatnya, beliau telah mengumpul wang sumbangan berjumlah $1 juta bagi tujuan kajian penyakit kanser.

alex5

Mungkin cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen tidak tercapai, tetapi sumbangan Alex kepada dunia tentunya lebih besar daripada itu.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds