Majlis Penyampaian Anugerah Industri Muzik ke 22 yang diadakan semalam telah pun menutup tirainya. Dihadiri bintang-bintang baru dan lama tanah air, upacara tersebut disambut meriah. Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang!

Upacara tersebut menyaksikan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza merangkul 5 trofi kejuaraan yang diadakan di PWTC itu. Antara kategori yang dijuarai beliau termasuklah kategori persembahan vokal terbaik di dalam lagu (wanita), album terbaik, dan lagu nasyid terbaik.

Bagi kategori persembahan vokal terbaik di dalam lagu (lelaki) pula dijuarai Akim Ahmad dari kumpulan Akim & The Majistret, manakala Syamel Fodzly memenangi trofi artis baru terbaik.

Menerusi lagu Sejati, penyanyi Faizal Tahir menjuarai kategori lagu pop terbaik, sementara penyanyi dan penggubah lagu Yunalis Zara’ai memenangi anugerah Kembara.

Upacara malam semalam juga menyaksikan penyanyi veteran Datuk Sheila Majid menerima penganugerahan Sri Wirama sebagai tanda penghargaan di atas usaha dan sumbangan beliau kepada industri muzik tanah air.

Bagi para pembaca yang tidak berkesempatan untuk mengikuti anugerah muzik berprestij tersebut, di sini kami kumpulkan senarai para pemenang anugerah AIM 2016:

Album Terbaik:
Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged

Lagu Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir

Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:
Datuk Siti Nurhaliza

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad – Potret

Lagu Pop Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir

Lagu Rock Terbaik:
Mata Hati – Azlan & The Type Writer

Anugerah Kembara:
Yuna

Anugerah Sri Wirama:
Datuk Sheila Majid

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza

Rakaman Album Terbaik:
Panic Bird – Froya

Kulit Album Terbaik:
Bahtera – Sekumpulan Orang Gila

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu:

De Fam – #Supergirls

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:
Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya

Video Muzik Terbaik:
Not For Sale – Stacy

Artis Baru Terbaik:
Syamel

Lagu Hip Hop Terbaik:
Janji – Altimet & Takahara Suiko

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:
Firefly – Sonaone

Lagu Nasyid Terbaik:
Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds