Melihat aksi mereka berpusing seperti gasing pun sudah cukup untuk membuat kita pening. Bagaimana agaknya mereka boleh melakukan aksi-aksi ini ya?

Perahu bakul buluh merupakan sejenis perahu kecil yang popular di Vietnam. Ianya boleh dilihat di kawasan-kawasan pantai atau pelabuhan di sana.

Juga dikenali sebagai thung chai, sejarah perahu ini bermula sewaktu era penjajahan Perancis pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, penduduk dikenakan cukai ke atas hampir semua perkara termasuklah ke atas pemilikan perahu.

bamboo-basket-boat-2

Oleh sebab para penduduk tempatan masa tersebut tidak mampu untuk membayar jumlah cukai yang dikenakan itu, mereka mula membina perahu mereka sendiri.

Perahu yang berbentuk buah kelapa yang dikerat separuh itu kini dilengkapi enjin dan memerlukan teknik mengemudi yang tinggi untuk bergerak – atau anda hanya akan berpusing-pusing di satu tempat,

Saksikan bagaimana pengemudi-pengemudi bot ini melakukan aksi-aksi menarik dibawah. Tentunya mereka telah berlatih selama bertahun-tahun untuk sampai ke tahap ini!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds