Mengejar kenderaan penjenayah yang melarikan diri pada kelajuan tinggi adalah sangat merbahaya bukan sahaja kepada pihak polis, malah ianya turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kini keadaan itu boleh berubah.

Mengejar pesalah undang-undang yang berkenderaan laju merupakan tugas yang sangat sukar bagi anggota-anggota polis. Seringkali mereka terpaksa meminta bantuan beberapa unit bantuan polis yang lain untuk mengepung penjenayah-penjenayah tersebut. Tetapi kini dengan penciptaan alatan baru yang menakjubkan ini, penangkapan pesalah undang-undang menjadi lebih mudah.

Memperkenalkan “Grappler Police Bumper (Bampar Penggenggam).” Ciptaan hebat ini melengkapkan bampar kereta polis dengan sebuah alat yang boleh mengeluarkan tali lasso yang akan “menggenggam” tayar kereta penjenayah dan seterusnya memberhentikannya.

Sangat hebat!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds