Kebenaran, VIDEO

Siew Lin kehilangan sebuah keluarga yang sempurna dalam sekelip mata pada satu hari. Bagaimanakah dia mengharungi cabaran hidup itu?

Siew Lin kehilangan sebuah keluarga yang sempurna dalam sekelip mata pada satu hari. Bagaimanakah dia mengharungi cabaran hidup itu?

Ketika beliau berumur 8 tahun, Siew Lin tinggal bersama ibu bapa, serta datuk dan neneknya dengan gembira. Pada suatu hari rumah mereka diserbu pihak polis dan menangkap ibu bapa beliau. Bapa Siew Lin terbunuh sewaktu pergelutan itu berlaku. Ibunya pula ditangkap pihak berkuasa tersebut.

Di dalam situasi huru-hara itu, Siew Lin menangis dan meluru ke arah ibunya sebelum kepala kanak-kanak itu dipukul seorang anggota polis. Siew Lin kemudiannya rebah tidak sedarkan diri.

1-4

Apakah yang dilakukan ahli keluarga ini yang menyebabkan mereka diserbu dan ditangkap pihak berkuasa? Mereka ditangkap hanya kerana mengamalkan prinsip Falun Dafa dalam kehidupan harian mereka.

Falun Dafa (atau Falun Gong) adalah amalan kehidupan yang berlandaskan prinsip kesejatian, kebaikan dan kesabaran. Kumpulan ini mengamalkan 5 kaedah senaman Qigong yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit serta membantu di dalam peningkatan tahap kesihatan badan dan minda.

Falun Dafa dikenali di negara China sejak tahun 1992 dan kini telah tersebar ke lebih seratus buah negara di seluruh dunia. Ramai yang telah mendapat manfaat daripada amalan senaman tersebut.

falungong_new_york

Dengan terjadinya Parti Komunis China (PKC) menakluk negara China, kebebasan laporan media dan hak asasi manusia terbatas. Malah, rakyat China juga tidak diberi kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan yang mereka anuti.

Penindasan terhadap kumpulan Falun Gong merupakan antara penindasan yang paling kejam yang pernah berlaku. Parti PKC juga sebelum ini mengamalkan pendekatan ganas yang sama sewaktu Revolusi Kebudayaan dan Kejadian 64 (4 Jun 1989) beberapa dekad yang lalu.

china_falundafa_arrest_tiananmensquare

Para pelatih Falun Gong di negara China didesak supaya menghentikan amalan mereka. Sekiranya enggan, mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara dan penyeksaan. Malah, dalam kalangan yang ditangkap, ada yang dikeluarkan organ-organ badan mereka hidup-hidup. Sehingga hari ini, lebih daripada 4,000 pelatih yang dapat dikenal pasti telah didera sehingga mati. Dan terdapat jutaan lain yang hilang atau mati selepas organ-organ badan mereka dirampas.

Setelah kehilangan ibu bapanya, Siew Lin kehilangan neneknya apabila neneknya turut ditangkap. Siew Lin juga turut dibuang sekolah kerana sekolahnya takut kepada tekanan yang diberi oleh PKC.

Kini Siew Lin terpaksa melalui zaman kanak-kanaknya tanpa tempat tinggal. Dia berasa sangat sejuk dan lapar di luar. Tetapi dia merasakan seolah-olah ada satu suara yang memberikan galakan kepadanya untuk terus tabah menghadapi cabaran hidup. Dia tidak lagi berada di dalam ketakutan atau kesunyian.

Tetapi perasaan rindu terhadap keluarganya masih ada. Dia menaruh harapan untuk bertemu semula dengan mereka. Namun harapannya itu tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

phap-luan

Sepuluh tahun telah berlalu dan Siew Lin kini telah membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Dia masih mengamalkan kepercayaanya selama ini. Ianya cara terbaik bagi Siew Lin untuk memperingati ahli keluarganya yang telah pergi meninggalkan dunia ini.

song-ban

Kisah Siew Lin ini berlaku kepada jutaan pengamal Falun Gong yang lain. Mereka diseksa dan ditindas kerana tidak berputus asa di dalam mengamalkan kepercayaan mereka.

Klip animasi ringkas dan bermakna ini telah menyertai beberapa Festival Filem Animasi Antarabangsa dan telah banyak menarik perhatian ramai.

Kongsikan video ini dengan kenalan anda agar penindasan dan kezaliman yang berlaku ini diketahui semua. Mereka yang dianiayai memerlukan sokongan dan bantuan anda.

EraBaru

Kategori:Kebenaran VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...