Para saintis mendapati 50 peratus daripada populasi penyu di laut telah mencerna cebisan plastik yang dijumpai di laut dan angka ini dijangka akan meningkat selari dengan peningkatan pencemaran plastik yang berlaku kini.

“Cebisan-cebisan ini tidak akan terus terhapus begitu sahaja,” jelas Erik van Sebille, seorang pengkaji laut di Universiti New South Wales. “Cebisan-cebisan plastik ini akan terus terapung-apung di lautan untuk beberapa ribu tahun lagi.”

Cebisan plastik yang terapung kelihatan seperti sumber makanan haiwan ini

turtle-eat-rubbish-1

Hasil kajian yang dijalankan mendapati masalah ini tidak hanya dilihat di kawasan berkependudukan padat seperti di bandar New York, tetapi ianya turut didapati di kawasan-kawasan seperti Brazil. Teruskan bacaan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana sisa buangan plastik ini merupakan satu isu global yang harus ditangani segera.

Para saintis mendapati 50% daripada populasi penyu telah mencerna plastik sebagai makanan

sea-life

Tambahan, kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Queensland mendapati bahawa haiwan penyu hari ini mempunyai kecenderungan yang sangat tinggi untuk menelan cebisan plastik yang ditemui mereka di laut berbanding tahun 1980-an. Kajian itu juga mendapati kebarangkalian seekor penyu untuk menelan sampah sarap yang dibuang manusia meningkat dari 30% ke hampir 50% pada tahun 2012.

Ianya juga telah disahkan bahawa enam daripada tujuh spesis penyu yang ada telah direkodkan tertelan cebisan plastik. Dan keenam-enam kumpulan tersebut merupakan kumpulan spesis yang terancam.

Cebisan plastik yang dicerna penyu-penyu tersebut boleh membawa kepada kematian. Cebisan tersebut boleh menghalang makanan daripada memasuki perut mereka atau ianya boleh menyebabkan kecederaan pada saluran usus mereka. Cebisan plastik juga boleh merembeskan kandungan toksin apabila dicernakan. Komposisi kimia pada plastik tersebut mungkin telah sedia ada pada bahan itu sendiri atau ianya terkumpul sewaktu cebisan plastik tersebut terapung-apung pada permukaan air.

Qamar Schuyler yang mengetuai kajian tersebut mengatakan, “haiwan tersebut mungkin tidak akan mati serta merta, tetapi ianya akan memberi kesan kepada kitaran pembiakan mereka misalnya –  dan ini akan mengakibatkan masalah yang lebih besar dalam jangka masa panjang.

Para saintis mengeluarkan cebisan plastik yang panjang dari mulut penyu ini

turtle-eat-rubbish-3

Dan apa yang menghairankan ialah keputusan kajian tersebut yang mendapati masalah pencernaan plastik oleh haiwan penyu ini bukan sahaja dilihat di kawasan yang mempunyai ramai penduduk, tetapi juga didapati di kawasan-kawasan yang lain. Ini bermakna masalah ini memerlukan usaha sama berskala global untuk diatasi.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds