Ibu yang memeluk erat bayinya yang disangka telah pergi terkejut apabila mendapati bayi tersebut masih hidup.

Sepasang bayi kembar yang baru dilahirkan berkongsi sebuah katil di hospital.

Salah seorang berteriakan manakala seorang lagi senyap kaku. Si ibu yang melihat kelakuan anak-anaknya itu berasa sangat sedih kerana hanya salah seorang daripada kembar tersebut dilihatnya selamat. Hatinya terluka memikirkan betapa anaknya yang telah pergi itu tidak dapat melihat wajah ibunya walaupun hanya sekali.

Dengan hati yang sedih, ibu kepada kembar itu mengambil bayi yang kaku itu dan memeluknya erat. Air mata ibu berlinangan jatuh. Si ibu sedar ini sahaja peluangya untuk memegang bayi tersebut sebelum ianya dibawa pergi selama-lamanya.

Bayi yang kelihatan tidak bernyawa itu mula bergerak setelah dipeluk ibu yang mendakap erat buat kali terakhir.

Tiba-tiba naluri ibu tersebut merasakan sesuatu yang berbeza. Beliau mula merasakan pergerakan tangan bayinya dan warna kemerahan kulit bayi mula terpancar apabila bayi tersebut menangis menandakan kehadirannya ke dunia ini. Klip video berdurasi satu minit dari Thailand itu menarik perhatian ramai daripada komuniti dalam talian yang telah menonton dan berkongsinya. Walau sekeras mana hati para penonton klip video tersebut, ramai yang pastinya tersentuh hati melihat keajaiban yang berlaku.

Kisah ini merupakan antara kisah menakjubkan kasih saying ibu. Tetapi mungkin ada di antara kalangan pembaca yang memikirkan ini hanyalah klip video iklan yang dilakonkan. Di sini, kami kongsikan dua kisah menyentuh hati kasih sayang ibu yang benar-benar telah berlaku.

Kisah pertama berlaku di Australia pada tahun 2010. Pasangan suami isteri, David dan Kate, terperanjat apabila dimaklumkan doktor bahawa salah seorang daripada bayi kembar mereka tidak dapat diselamatkan. Kedua-dua kembar itu dilahirkan pra-matang pada minggu ke-26, namun bayi lelaki seberat 900 gram yang diberi nama Jamie itu kelihatan kaku tidak bernyawa sementara kakak kembarnya Emily selamat dlahirkan.

Kate kemudian menyatakan hasratnya untuk mendakap Jamie buat kali terakhir. Ibu kepada bayi kembar itu menarik keluar selimut yang membaluti Jamie dan memeluk anaknya yang disangkakan telah pergi itu. Tiba-tiba, tanpa dijangka, selepas dua jam di dalam dakapan ibu, Jamie mula bergerak, membuka matanya dan bernafas.

Dakapan “terakhir” Kate dan David

67_143931_anh1

Enam tahun telah berlalu sejak peristiwa ajaib itu. Kini, Jamie dan Emily telah membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan keluarga mereka sedang menantikan kehadiran ahli baru ke dalam keluarga mereka.

Jamie dan Emily berusia 5 tahun

52_144042_anh3

Sejak pengalaman menyentuh hati itu berlaku, Kate dan David telah memulakan kempen bagi menggalakkan hubungan secara langsung ibu dan anak sebaik selepas kelahiran. Kaedah ini telah terbukti membantu bayi menguatkan daya ketahanan badan, mengurangkan risiko hipotermia dan risiko dijangkiti penyakit, memperbaiki tidur bayi, dan juga meningkatkan pengeluaran susu badan ibu.

Kisah kedua pula dilalui pasangan suami isteri British apabila Carolyn Isbister terpaksa melahirkan bayi pra-matang setelah doktor mengesan terdapat jangkitan di rahim si ibu tersebut. Setelah itu, bayi yang dinamakan Rachael dilahirkan ketika berusia 24 minggu seberat 500g. Doktor yang menyambut kelahiran bayi itu bagaimanapun meramalkan bahawa Rachael hanya mampu bertahan selama beberapa minit. Bayi tersebut dilihat tidak bernafas dan jantungnya berdegup sangat perlahan dengan satu degupan setiap 10 saat. Tetapi naluri ibu mendesak Carolyn untuk memeluk dan memegang erat anaknya walaupun untuk sekali ini sahaja.

Rachael dalam dakapan ibunya Carolyn

89_phep-mau-cua-tinh-mau-tu-1

Dan kemudian keajaiban berlaku. Rachael yang didakap erat ibunya itu mula bernafas. “Kami tidak percaya, dan doktor juga. Bayi itu kemudiannya mula menangis. Doktor mengatakan bahawa bayi tersebut tidak akan terus hidup, tetapi saya masih terus menaruh harapan.” Rachael kemudiannya dimasukkan ke dalam unit kawalan rapi. Bayi tersebut diberikan alat bantuan pernafasan dan pemantauan perubatan yang rapi. Dia menunjukkan semangat yang kuat dan terus bergelut untuk meneruskan kehidupannya.

Selepas lima minggu berlalu, Rachael mula berupaya untuk bernafas tanpa bantuan alat pernafasan. Empat bulan kemudian akhirnya Carolyn membawa anak perempuannya itu pulang ke rumah. “Ianya satu keajaiban bahawa Rachael masih hidup sehingga ke saat ini. Doktor menjangkakan 20 minit tetapi kini anak saya masih hidup. Ini adalah pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan,” jelas Carolyn.

Rachael kini membesar sebagai seorang bayi yang sihat

37_phep-mau-cua-tinh-mau-tu-4

Dua kisah menyentuh hati ini membuktikan betapa besarnya kasih sayang seorang ibu kepada anaknya walaupun dirintangi pelbagai rintangan dan cabaran. Ia juga mengingatkan kita tentang daya potensi setiap manusia.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds