Sering kali apabila kita memikirkan tentang hubungan si kucing dan tuannya kita dapati haiwan tersebut memberikan tanggapan acuh tak acuh.

Kucing pada kebiasaannya merupakan antara haiwan yang tidak begitu berminat untuk bergaul dengan manusia (kecuali pada waktu mereka memerlukan sesuatu). Lain pula kisahnya dengan anjing yang biasanya jinak dengan manusia sehingga diberikan julukan “kawan baik manusia.” Tetapi video ini menunjukkan kucing juga boleh menunjukkan sifat manja mereka.

Klip yang memaparkan kucing yang menunggu kepulangan “ayahnya” ini membuktikannya.

 

Kucing ini seolah-olah mempunyai firasat bahawa tuannya itu akan pulang melalui pintu tersebut. Kucing tersebut berjalan ke hulu ke hilir sambil mengiau nyaring. Mungkin ia tahu siapa yang akan melepasi pintu itu nanti.

Dan pada saat 00:59 apabila anggota tentera itu tiba, kucing tersebut melompat setinggi empat kaki dan dipeluk erat tuannya. Anggota tentera itu mendakap dan menciumnya. Hidupnya kini sempurna.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds