Memperkenalkan Xander seorang bayi berusia 8 bulan yang dilahirkan pra-matang dari wilayah Gwinnet, Georgia. Si cilik ini mengalami pendarahan di bahagian otak sewaktu berada di Unit jagaan rapi sebuah hospital di sini. “Semasa dia dibenarkan keluar dari hospital, saya lihat dia tidak memberikan reaksi seperti bayi-bayi yang lain,” menurut ibu Xander yang menulis di sebuah laman web.

baby-hear-mom-0

Sejak itu ibu Xander mula merasakan bahawa anaknya itu mempunyai masalah pendengaran dan mendesak doktor untuk melakukan ujian pendengaran. “Selepas saya mendesak para doktor selama 3 bulan, barulah mereka melakukan ujian pendengaran ke atas Xander. Dan ternyata sangkaan saya tepat. Para doktor berpendapat saya hanyalah seorang ibu yang terlalu melindungi anaknya,” jelasnya lagi.

baby-hear-mom-2

Pada rakaman video di bawah, Xander mencuba alat bantuan pendengaran Phonax buat pertama kali. Raut wajahnya yang comel pasti akan menyentuh hati anda.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds