Sebelum ini, kami menyangka watak-watak di dalam filem Transformers hanyalah rekaan fiksyen. Sangkaan itu jelas sekali meleset, robot kereta gergasi benar-benar wujud. Tidak percaya? Anda boleh lihat sendiri foto dan video di bawah.

transformer-2-1024x792

Syarikat dari Turki, Turkish R&D Letrons telah membina sebuah kereta BMW transformer yang boleh dipandu. Ianya juga boleh dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh yang turut direka khas. Robot ini dilengkapi dengan keupayaan untuk menggerakkan tangan, leher dan kepala selain mempunyai sistem pencahayaan dinamik.

transformer-3-768x432

Baiklah, mungkin robot ini bukan seratus-peratus seperti watak-watak Transformers yang dilihat di kaca televisyen: ia tidak berupaya untuk terbang, berjalan, atau bertarung dengan Decepticon. Namun ianya merupakan langkah permulaan yang memberangsangkan.

transformer-1-1024x597

Harga sebenar BMW Transformers masih belum diketahui. Apa yang kami boleh katakan sekarang, ianya tidak akan dijual dengan harga yang murah. Klik video di bawah untuk melihat keupayaan kereta ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds