Memasuki kandang yang dihuni beberapa ekor singa adalah bagaikan antara mimpi ngeri yang boleh dialami. Namun bagi lelaki ini, ianya suatu kenyataan.

youtu-be-h7hdi9rvmzi

Lelaki berusia 46 tahun itu mempunyai masalah mental akibat ketagihannya kepada alkohol dan dadah. Beliau juga mendakwa boleh mendengar suara asing yang tidak didengari orang lain. Sewaktu lawatannya ke Zoo Taipei, beliau terjatuh ke dalam kandang tersebut.

crazy-man-1

Kemudiannya, beliau mula menghayun-hayunkan jaketnya di hadapan singa-singa tersebut. Perbuatan itu mengeruhkan keadaan apabila seekor singa jantan mula menerpa lelaki itu dan menggigit jaketnya.

youtu-be-h7hdi9rvmzi-1

Walaupun setelah diserang, lelaki tersebut masih tidak mahu berganjak. Mujurlah para pekerja zoo telah pun bersedia memberikan bantuan. Singa-singa tersebut ditembak dengan ubat pelali dan dijauhkan dengan menggunakan hos air bertekanan tinggi.

Saksikan aksi luar biasa ini disini!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds